Salam Semua...
Berita yang dikutip dari Harian Metro& Belita Harian bertarikh 4.12.2010, Sabtu;
Lelaki abai isteri dikahwini 15 tahun. Panah cinta nyah. Dingin terhadap isteri sejak jalin hubungan sulit tiga bulan lalu. Aiyo... aiyo... ini macam ka suami dia, nampak nya selalu pergi Lorong-Lorong hitam. Itu lah kalau tak otak duk kat lutut. Sabo je la Isteri ye dan kalau tak sabo ko hemput kepala laki ko tu ngan penyapu banyak kali sampai dia tersedar apa yang dia buat tu.
Zaibo, 54, pelakon berpengalaman nikah kenalan lama. Persahabatan 10 tahun bibit cinta dua minggu lalu. Tahniah bro... malam-malam sekarang nie selalu hujan... :) sejukkk...
Didik anak kenali golongan gila seks. Ibu bapa perlu meluangkan masa dan mendidik anak masing-masing secara langsung untuk mengenali jenis dan layanan serta sentuhan yang tidak sepatutnya diterima daripada orang lain, sekaligus melindungi anak mereka daripada menjadi mangsa cabul. Ini sudah bagus nama nya, aku sokong mak bapak ajar anak macamana nak tau orang itu gila sek atau idak. Ajar la aku camna... nak tau...
4 teras lonjak ekonomi. Laporan akhir Model Baru Ekonomi (MBE) dilancar PM semalam tuntut pelaksanaan bersepadu, selaras. Ini aku tak tahu lah, selagi mentaliti orang Mesia Third World 3rd Class nye mental, ko buat la apa2 pun dia akan jadi Pi Mai Pi Mai Tang Tu...my 2 cents.
Siti Aishah saman Uncle Seekers. Mohon injunksi sekat penyebaran gambar, maklumat rawatan dalam laman blog. Ini cerita sensasi beb, belum terbuka lagi blog uncle seekers, aiyo aiyo ... macam2.
Perkhidmatan online imigresen 24 jam. Transformasi kurangkan beban 11,000 kakitangan. Ini macam mau renew passport pukul 3:00 pagi dah boleh la ye. Aiyo2 tarak boleh kal kawan kat inigresen ajak lunch masa kerja sebab mobile kene letak dalam locker... hu hu hu.
Al Rajhi pelbagaikan perkhimatan. AL RAJHI Investment and banking Malaysia Bhd mempelbagaikan perkhimatan di negara ini dengan memperkenalkan Perkhimatan Perancangan Harta Islam (IEP). Bank Negara bagi lagi banyak itu lesen kat foreign bank, lagi banyak lagi baguih. Hu hu hu boleh la buat Loan Islamic betul2 kan compare to local bank nya Islamic.
Seoul serang Pyongyang jika terus diancam. Korea Selatan semalam menegaskan ia akan melancarkan serangan udara dan mengebom Korea Utara jika negara itu cuba mengulangi serangan minggu lalu ketika Amerika memberi amaran bahawa Pyongyang mengancam Semenanjung Korea dan dunia sejagat. Ko biar betul mat, nanti suka Amelika tu boleh jual yang canggih2 kat Korea Selatan tu... ada demand tu naikkan harga... macam buah sawit kat MDEX melonjak-lonjak tu. Senyum ko ye Sam.
Kereta api penumpang China cipta rekod 486 kilometer sejam. Sebuah kereta api penumpang China mencipta rekod kepantasan 486 kilometer sejam semalam ketika menjalani ujian bagi perjalanan dari Beijing ke Shanghai yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Aiyo2 ini mesti kene cuba naik ini, pastu nak cuba tanya Gomen nak buat tak camtu... takyah pakai minyak sweet nye kite pakai minyak Sawit aje. Ladang bersepah2 kat Mesia ku tercinta.
Russia, Qatar menang guna gas, minyak. Pilihan FIFA cetus kemarahan. England dakwa keputusan sudah "diatur". Kemenangan Russia dan negara kecil Asia Barat, Qatar dalam bidaan Piala Dunia 2018 dan 2022 mencetus kekecewaan dan kemarahan wakil negara-negara lain yang tewas pada pemilihan oleh FIFA kelmarin. Yahoo... Mesia lepas ini ada peluang buat World Cup wei...
Rajagopal "gerun" taktik Robson. Pemain laung tekad catat keputusan positif tewaskan Thailand, hari ini. Perbualan K Rajagopal dengan jurulatih Thailand, Bryan Robson tempoh hari menerbitkan rasa gerun dan pengendali skuad negara terpaksa membuat rombakan besar bahagian benteng dan tengah menjelang pertemuan penting Piala Suzuki AFF menentang skuad Gajah Putih itu di stadium Gelora Bung Karno. Aiyo2 belum lawan sudah Gerun ka... kan sudah cakap jangan hantar ko nak hantar jugak. Tanam rumput carpet lawa2.
No comments:
Post a Comment