I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, December 10, 2010

Sekilas Pandang Kopi 'O'

Salam Semua...

Berita yang dikutip dari Harian Metro& Belita Harian bertarikh 9.12.2010, Khamis;

"Tutup Mulut" Peguam Negara tegur tindakan bekas Menteri Besar Selangor buat kenyataan. Putrajaya: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail semalam menegur Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo supaya jangan terus membuat kenyataan mengenai kesnya yang berkemungkinan boleh 'memakan diri sendiri' . Tutup je la mulut ko tu Khir, tunggu je kaki naik mahkamah nanti ko cerita la apa2 yang terbuku dalam hati ko tu, ada hikmahnya berlaku perkara camni. Sabar la ye.

Langkawi: Datuk Seri Najib Razak, mahu negara beralih tumpuan daripada sektor pembuatan kepada sektor perkhimatan, khususnya pelancongan yang dijangka mencatat pertumbuhan ekonomi enam peratus setahun dalam tempoh 10 tahun akan datang. Wow... beralih gitu-gitu, kalau camtu aku nak beralih ke pasaran buah sawit mentah atau buat lawatan geo ke ladang2 ku sambil petik buah sawit jadi minyak, main kat MDEX... erm... satu point gerak RM25 henget. Boleh cecahkan pertumbuhan negara kdnk sebanyak 30%.

Kuala Lumpur: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melunaskan tunggakan bayaran perkhimatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PSP&PA) kepada syarikat konsesi berkaitan berjumlah yang dianggar berjumlah RM348.6 juta sejak 13 tahun lalu. Apalagi, esok tunggu depang pintu PBT mintak cek juta2 lemon. Kerja tak buat nak mintak cek... stalat kat dahi sekor2 tu. Depang umahku banyak lalang menari2 bila di tiup angin sempoi2 bak buluh perindu.

Melaka: Seorang peniaga dituduh di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas dakwaan melakukan hubungan seks tanpa kerelaan isterinya di kediaman mereka di Melaka Tengah, dekat sini dua tahun lalu. Wow tanpa kerelaan, isteri dakwa suami dia, apa kemende nie yob... dah macam kat negara omputih lak dah... mesiaku mesiaku.

Kota Bharu: Lelaki yang putus pergelangan tangan kiri selepas ditetak pemilik rumah ketika mengumpil tingkap rumah berkenaan di kampung Pengkalan Gaduh, dekat Keluang, Selasa lalu selamat menjalani pembedahan menyambung tangannya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini, semalam. Tu la ko, aku suruh pergi nengok kat CCTV dulu baru ko umpil tingkap tu, padan muka abis tangan kiri yang cun tu. Jangan buat jahat... da di da du...

Rembau: Pengusaha gerai cendol popular di negeri ini, Sulaiman Dawi, 57, akan bercerita kepada pengunjungnya mengenai fakta menarik sejarah negara ini tanpa jemu dari bermulanya waktu perniagaan sehingga tamat. Hu... hu... ni boleh jadi cikgu Sejarah nie "I LOVE HISTORY" sambil minum2 kacau susu.

Ratu kolum: Pengiktirafan tertinggi Nora, wanita Melayu pertama di dunia dinobat sebagai TOP PREMEIR XANGO, kehidupannya sebelum menceburkan diri dalam bidang pemasaran pelbagai (MLM) versama Xango, sememangnya penuh tekanan. Tak abis-abis orang Melayu ngan biz macam nie... adusss, klu camtu boleh la Aiyak Buah Petai yang berselerak depan umah sapa2 boleh di buat Jus, pastu boleh cakap ada khasiat sambil menjana pendapatan libu-libu... takde kerje lain ka korang nak buat. Pasni semua buah boleh buat JUS cam Jus Petai, Jus Timun, Jus Buah Gedoak, Jus Jambu, Jus Lada, Jus Buah Setola, Jus Salak, pastu buat la cara MLM pakai je satu jus tu... pakcik kayo...

Bangkok: Cucu kepada pemimpin Myanmar Jeneral Than Shwe mahu ketua rejim tentera itu membuat bidaan AS$1 bilion (RM3.14 bilion) bagi membeli kelab bola sepak gergasi Britain, Manchester United (MU), kata satu kabel diplomat Amerika yang didedahkan laman web pembocor maklumat, WikiLeaks. Apa kelas beli MU... beli je terus Bulan mengambang. M'sia jangan dok berangan nak mangkuk2 kan Myanmar kay, dia org ada Rooney, Ryan ko apa ada. Bila main bola dah rasa macam pemain Real Madrid la... Manchester United la, Barcelona la... macam2 la dan bila kalah ada la ayat bpemain utama sakit kaki terseliuh masa nak pergi tandas, demam la sebab semalam terlupa beli payung... tutup je la, main je guli...

Jakarta: Pertubuhan Islam terbesar Indonesia menegaskan berjuta-juta penyokongnya menuntut kerajaan menghentikan penghantaran rakyat negara itu ke Arab Saudi untuk bekerja sebagai pembantu rumah, apabila media melaporkan seorang wanita berusia 23 tahun yang bibirnya di potong menggunakan gunting. Kureng ajar, Arab nie memang camtu, ambik Arab tu potong lidah dia balik, senang2 Arab boleh buat camtu. BOIKOT je kedai Arab, depan umah aku bersepah kedai Arab... dah la sombong, bahalul pulak tu. Ganyang jangan tak Ganyang...

Cedera, demam hantui Rajagopal. Tugas lebih berat saingan separuh akhir, kumpulan A saingan Piala AFF Suzuki 2010. Kan aku dah cakap tak demam, cedera... nasib baik la Indo tu sumbat penalti kalau tak jangan harap la ko pergi jauh... balik je la perabihkan beras je... main guli.

No comments:

Post a Comment