Salam Semua...
Berita yang dikutip dari Berita Harian bertarikh 26.11.2010, Jumaat;
Pekerja asing wajib beli insurans. Elak kerajaan tanggung kos rawatan tinggi. Hu hu hu, apa lagi wahai para insuran & takaful consultant... renung2kan lah, cergas beb. Ada lagi sebulan lebih lebih nak masuk tahun 2011. Performance tahun nie ...erm hampeh tul la. Bangun tido, makan & tido, hu hu hu....
Orang Aceh hulur RM180,000.00 untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Kedah dan Perlis. Mekaseh No... :)
Menara FELDA beri pulangan besar. Pembelian hartanah jana untung RM300juta. Aiyo2 manyak uang itu FELDA, apa2 lah ko nak buat, janji bila udah dibuatnya, jangan TIGA SUKU lantai kosong udah. Nanti untung Rm300juta juta juta jadi angan2 Mat Jenin udah. Ku pun tak faham2 lagi camna nak buat Menara Warisan berbilang2 tingkat... hu hu hu.
Perebutan ekuiti dalam QSR semakin sengit. Firma AS tawar harga tinggi berbanding Idaman Saga. Persaingan merebut pegangan ekuiti dalam QSR Brands Bhd. (QSR), pemilik KFC Holdings (Malaysia) Bhd (FFCH) dan Pizza Hut, semakin sengit apabila Carlyle Group pula menawarkan untuk membeli keseluruhan saham milik Kulim (Malaysia) Bhd dalam syarikat itu pada harga RM6.70 sesaham. Hu hu hu, Yob Labun & Dodi... pinjam juta-juta lemon jap aku pun nak masuk beli keseluruhan saham QSR tu. Kalau dapat yob, kete gerak kat dinding kite jual.
Petronas untung RM11billion. Petronas Dagangan Bhd merekodkan pendapatan sebanyak RM10.95 billion bagi suku pertama tahun kewangan yang berakhir 30 September 2010 meningkat 10.3 peratus daripada RM9.93 billion yang dicatatkan tempoh yang sama tahun lalu, disokong harga dan jumlah jualan yang lebih tinggi. Wow... wow... wow... pakcik Kayo, banyak kan lagi harta2 Petronas tu yang nak dileburkan kat pasaran Saham KLCI tu. Ring... Ring... Ring... Elo, boleh saya cakap ngan CEO Petronas, Encik bla bla bla, ...erm Sorry Sir his name is MR. DAVID JONATHAN. fikir-fikirkan la... ye, suka nye ramai yang berebut nak saham Petronas Chemical tu, sapa2 yang terlepas tu boleh tunggu lak mana lagi part Petronas yang nak dicairkan pulak... tunggguuuuuuu.
Untung bersih PROTON Holdings RM150.6juta. Proton Holdings Bhd mencatat keuntungan bersih RM150.6juta bagi tempoh enam bulan berakhir 30 September 2010, meningkat 10 peratus berbanding RM136.6 juta yang dicatat tempoh sama tahun sebelumnya. Ko biar betul Mat... dah jadi macam dot.. dot.. dot, buat biz kete tampal LOGO je dah la pulak... aiyo2 apa sudah jadi meh...
Presiden Korea Selatan dikecam. Tindak balas bedilan Pyongyang terlalu lembut. Menteri Pertahanan Korea selatan letak jawatan. Ni satu hal dha ko tau Korea Utara tu tak suka kat engko kawan ngan Amelika tu, yang sibuk2 nak buat War Game ngan Amelika tu apa hal Korea Selatan, dah anak Korea Utara tu marah kat ko... tu belum lagi Bapak dia yang marah. Apa2 pun ko Selatan & Utara bincang2 la yang terbaik. Psssttt... klu Menteri M'sia ko ingat dia letak jawatan tak macam Menteri Korea tu.
Dana pencen, gereja Barat boikot pelaburan, produk Israel. Kempen Palestin untuk menghukum syarikat yang membantu Israel membina penempatan dan tembok pemisahan di Tebing Barat mula mendapat sokongan pelabur asing dan aktivis. Dana pencen di Norway dan Sweden sudah mengambil tindakan menarik keluar pelaburan mereka dalam syarikat yang terbabit dalam pembinaan penempatan haram dan tembok pemisah di wilayah Palestin. Boikot itu barang Israel...meh. Tanya itu KWSP ada ka masuk mana2 syarikat yang macamtu, Malaysia Boleh!!! meh...
Sukan Asia di Guangzhou, China. Zolkples Embong, chef de Mission negara; "saya bersyukur dan lega kerana kontinjen negara akhirnya mampu capai sasaran buru 9 emas". Impian skuad HOKI LEBUR. Anak buah Stephen kecundang kepada Pakistan 0-2 di final. Hajat besar kita tercapai. Hoki pula lepas peluang layak automatik ke Olimpik 2012. Tahniah ku ucapkan pada semua atlet Malaysia yang berjuang nak mati-matian, tak tau la kut2 pie cuci mata sekali iye :), cuma yang boring nyer Bola Sepak menyempak kita dah terlalu banyak alasan. Tapi bila luar padang semua hebat2 macam pemain MU gitu2 klu tak pun Liverpool... udah2 la hantar Bola Sepak menyempak lagi ke Sukan Besor2 camni abiskan beras je. Lawan Laos belum tentu lagi boleh ayam2 kan jangan kita lak di ayam2 kan oleh Laos... hu hu hu, kecewa ku... sudah lama tarak pergi itu stadium bola... stadium NZ selalu la gak... hu hu hu.
No comments:
Post a Comment