I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, August 7, 2010

Sekilas Pandang Pagi2 Sambil Hirup Kopi 'O' ...

Salam Semua...

Berita yang dikutip dari Berita Harian bertarikh 7.8.2010, Sabtu;

Datuk skim cepat kaya kena tahan. Adusss... tak abis abis dengan skim cepat kaya MLM nie, dah ku cakapkan apa la nie gomen paling senang tutup, tarik dan terjah jer company MLM nie, bawa itu sekali TV3 kamera besor2 pergi semua tempat yang buat seminar MLM nie tak caya memang konsep dia kene cari "downline", ni aku nak tanya sikit... MANA konsep MLM paling banyak buat plan ikut dua (2) benda alah ini???

1) MLM BERETIKA/SAH
i/ berdasarkan nilai jualan.
ii/ berdasarkan pengembangan jaringan untuk meningkatkan jualan kumpulan.

...hu hu hu, yang ini aku rasa "mampuih" byk company MLM tak akan buat sistem camni bro, kalau ambik sistem camni... bila mau ada orang ramai dan fulus bertimbun2 weiiiii.Tak caya pergi semua MLM kat M'sia nie... takde dia orangnak sistem camni bro, kalau sistem camni camna nak nak pakai dan pegang stering BEMER, MERC... mata bulat tu wei (pastu ambik gambo letak kat flyer), tak Gersunk sistem camni.

2) MLM SKIM PIRAMID
i/ berdasarkan penajaan atau kemasukan ahli/pengedar baru.
ii/ berdasarkan pelan pemasaran.
iii/ melalui operasi/ proses berantai.
iv/ tidak berdasarkan jualan produk/ servis.

...ha ha ha tu dia, sistem camni la MLM company banyak yang suka, Datang... datang... datang dengor taklimat tu... akan merubahkan masa depan ANDA sesaat selepas tu :). Baru terbayang pegang stering MERC... BEMER vrroooommmm :) berkilat sport ring tu. Tu kan tanda kejayaan terbilang. Biar kat umah aku tu ada 500 water filter tak terjual lagi pun takpe janji DOWNLINE aku ada 3000 orang... baru terjalan sistem ku tu, klu tak camna nak maintain MERC ... BEMER aku weii, hu hu hu... Masuk jangan tak Masuk. So, fikir-fikir kan la terbaik untuk kamu semua okay (MLM nie ada gaya nak jadi makcik & pakcik kayo ada GOLD, SILVER, BRONZE tu yang biasa terdengor dek telinga nie).

Penjual ubat seks dapat RM300 sehari. Permintaan tinggi punca lambakan. Woo wow wow.. peh yang ni lagi serius bebbbb, sehari RM300.00 hingit. YOB LABUN... mana nye ubat kuat kuuuuuuuuu... permintaan tinggi tu., tu tak payah tunggu kul 10:30am sampai kul 6:00pm depan monitor nak nunggu Buy or Sell palm oil tu. Ni boleh cadangkan kat Bursa Malaysia Derivative, CEO dia tambah satu lagi product Futures "UBAT SEKs", nie aku guarantee mesti volume gila2 tiap2 hari... Tuah... mesti selalu nengok harga naik turun ini product. Bila terdengar berita "ladang Tongkat Ali seluas 1000 hektar di Lendu terbakar disebabkan oleh sepotong rokok..." mesti mau cepat2 "Q" harga beli sebab supply kurang nanti demand ko jangan tanye selalu ada... Buy Buy Buy Sell Sell Sell... Done and Cut Loss... hu hu hu...

Tujuh tahun pendam perasaan. Raja Azura akui bukan mahu bercerai, hanya ingin perbetul kesilapan. Bab-bab keluargaan nie aku tak ambik tau la okay, so harap everything is OK, tabah dan berdoa supaya diberikan kebaikan dari penCIPTA YANG MAHAKUASA.

Negara umum pendirian guna BlackBerry Isnin. Hu hu hu haramkan bejadah haram ni, pandai2 boleh ambik info. dariku, ko ingat Menteri kita nak Haram mende2 camni, pelarasan naikkan harga adalah. So, maklumat2 yang ada berbaur... merangsangkan shawat jangan dijejarikan dan terus tekan send ok. Menteri wei please la have a mentality first class sikit weiii...

SDAF Pictures tarik saman Nabil RM2j. "LU FIKIR LA SENDIRI", wa caya lu bro, lawan jangan tak lawan. Bila lagi mau buat filem bro...

TIPU elak jadi mangsa pelaburan haram. Orang ramai perlu waspada skim cepat kaya. Ha ha ha ha ha... orang SATU M'sia nie mana ada faham itu pelaburan haram. Perkataan "Pelaburan Haram" takde dalam hati sanubari tu, tak pernah terlintas langsung dek akal nie, hanya faham bila masuk RM1,000.00 ka masuk RM100,000.00 ka janji nya... sebulan dapet RM1,000.00 dua bulan lagi dapet EM10,000.00, tiga bulan lagi dapet RM100,000.00 bulan seterus nya dapek RM1 jutaaaaaaa. Datang... Datang... jangan tak datang kat M'sia bumi ku yang hijau ini, sapa-sapa yang nak buat Business yang menguntungkan bagai Gunung Everest duit nya nanti...war-war kan di seluruh pelusuk dunia...kalau tak caya pie tanye mamat Nigeria mesti senyummmmmnya sampai ke pipi... hu hu hu.

POS Malaysia perkenal skim francais tahun depan. Usaha perkukuh perniagaan runcit kembali jana keuntungan. Ok, tu sapa2 yang tertarik menari d'boom, rasa nak berniaga setem atau macam2 lagi boleh la dari sekarang kumpul kan dana2 tu, nanti nak diabiskan masa proses memohon kat POS M'sia nanti... AKU nak SATUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU...

so... JOM BORAK PASAL PROTECTION risk, UNIT TRUST & FUTURES MARKET (fCPO) kat sini ... here ... :)

No comments:

Post a Comment