I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, August 5, 2010

Sekilas Pandang Pagi2 Sambil Hirup Kopi 'O' ...

Salam Semua...

Berita yang dikutip dari Berita Harian bertarikh 4.8.2010, Rabu;

Kematian Misteri, bekas ADUN, pembantu ditemui mati dengan tembakan di kepala di lebuh raya. No komen tu biar la CSI PDRM yang bagi komen okay, apa2 pun al-fatihah kat orang yang terlibat tu... amin...

Nenek 9 cucu penerima pertama Sarjana Kepengetuaan. Wow wow wow... tabik spring kat nenek nie, aku kalau belajo lagi, mesti 1st assignment tu dah terlewat hanto, kebiasaan di pratik "copy cat" dalam semua sama, muka depan... muka depan tu je la yang lain dari yang lain... hu hu hu.

Saman ekor dikaji semula. KDN mahu kompaun disemak. Suka suka suka nya aku, cepat-cepat buat, banyak saman ekor ni... hu hu hu, bermacam-macam ekor dah ada :) dari 200kmph dah turun ke 40kmph... orang belakang aku selalu bagi lampu tinggi2 dan bingit dengor hon dia... tapi aku tetap pasrah dengan 40kmph...

Orang kanan sindiket MLM ditahan. Lelaki berusia 20-an diberkas di Klang, cop kerajaan turut dirampas. Aiyo aiyo... semalam sudah cakap kan, dah nama nya Multi Level Marketing (MLM) kene la cari Downline, semua sama Bro MLM kalau tak caya tanya UPTREND, HAI-O, CNI, SCORE A dan MLM's kompeni yang ada di seantaro M'sia bumiku Hijau... yang cop kerajaan tu, ermmm... ko ambik cop tu dan cop kan kat dahi dia... hu hu hu

Maybank tunggu kelulusan operasi. Perniagaan perbankan pelaburan diwujud menerusi Anffal Capital di Arab Saudi. Peh... betul kah ini???so orang Arab Saudi peh senyum la korang, cepat cakap kat Authority sana bagi itu lesen lulus cepat2, nanti korang ambik lah duit dari bank lambang kepala Rimau dia tu banyak2 macam beribu lemon, pastu korang tunggu la kepala rimau tu kal korang sampai ko nak toilet pun ada dering dari kepala rimau. So, nanti suruh la UNTA ko mengaum kat kepala Rimau tu... mesti Rimau tu tersimpul malu macam kerang busuk nanti. Apa2 pun korang buat dek je bila kepala Rimau tu kal... apa kepala rimau tu bole buat kat padang pasir tu... paling kuat korang tendang je dia dari Padang Pasir.

Maizawati akhiri zaman janda Isnin. Maizawati Zainal, yang pernah mendapat liputan luas berikutan perceraiannya dengan seorang selebriti bakal mengakhiri zaman jandanya bersama seorang pemuda pilihan hati, Mohd Yasin, 23 Isnin ini dikampungnya, Taman Utama, Bercham, Ipoh, Perak. Hu hu hu... apa2 pun Selamat Pengantin Baru & Tahniah, melepas Yob... :)

Sime Darby Healthcare yakin ganda pendapatan. Sime Darby Healthcare Sdn. Bhd. yakin dapat menggandakan pendapatannya dalam tempoh tiga tahun akan datang apabila dua lagi pusat perubatan baru mula beroperasi dalam tempoh itu. Nie serius beb, macam aku cakap sebelum ni, minimum pitis kene ada rm 250,000.00 dalam poket yang tak berapa tebal nie. So, cari la cepat2 apa2 yang patut dan tanya la yang tahu menahu tentang ini... tak pun tanya aku ok :)

Video pelajar di Sarawak tumbuk guru tersebar luas. Kejadian cetus persoalan mengenai tahap disiplin. Ini lagi serious Beb, kalau dah tak nak belajar tu bagitau mak bapak cakap aku dah taknak pergi sekolahhhhhhh... baru mak bapak ko faham. Jangan menyusahkan orang lain, tak pun hantar je budak tu kat pulau mana2 duduk sorang2 dan diam-diam kat pulau tu baru tauuuu.

Liga Super labuhkan tirai. Penyerang Terengganu, Mohd Ashaari raih Kasut Emas. Pakcik Kayo... Pakcik Kayo... dapet Emas woo. Balik lebur pastu jual... hi hi hi Pakcik Kayo, pasni boleh sepak kat Piala Dunia lak tu pun kalau kite boleh jadi Tuan Rumah, boleh la ko rembat gol dapat kasut EMAS world beb... lagi jadi Pakcik Kayo. Bila nak nengok team kepala Rimau masuk World Cup nieeeeeeeeeeeeee... FAM dah bertukar teams tu, hu hu hu...

so... JOM BORAK PASAL PROTECTION risk, UNIT TRUST & FUTURES MARKET (fCPO) kat sini ... here ... :)

2 comments:

  1. paparazzi don,

    bulih dah ni jd editor..hehe

    ReplyDelete
  2. salam... hu hu hu .. bole jadi ker nie wakata..tq tq tq...

    ReplyDelete