I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, January 2, 2011

Ini 9 Tapak Nak Jadi "Profesional Trader".

Salam Semua...

1. Pemahaman tentang indikator yang digunakan seperti "Moving Averaga (M.A.)" & "Standard Deviation".

2. Pemahaman tentang Asas "Technical Trading".

3. Pemahaman Teknik yang digunakan bila hendak "ENTER" atau "EXIT" dalam Pasaran.

4. "Design" model "Technical Trading" sistem ANDA sendiri.

5. Tahu "MONEY MANAGEMENT" ANDA sendiri.

6. Pratik Untung dan Rugi dalam sistem pengurusan ANDA.

7. Buat Kajian (research), Ulasan dan cari "TUNE" bagi "Technical Trading" ANDA supaya sesuai dengan Pasaran.

8. Mesti ada SIKAP (ATTITUTE) MENANG.

9. HATI MESTI SELALU RIANG ... my 2 cents :)

Short-Term Futures Trading?

Salam Semua...

"Short-Term Futures Trading"?

1. To trade frequently, seeking out smaller, more reliable moves.

2. To enter and exit as promptly as possible and at the best possibles prices.

3. To avoid thin markets even though they may characteristically exhibit large intraday price moves.

4. To enter and exit positions on the same day.

5. To trade frequently, seeking out smaller, more reliable moves.

In order to achieve these goals;

1. Total commitment to the market throughout the trading day, exiting most positions before the day's close.

2. The ability to accept losses.

3. The ability to take profits quickly when necesssary.

4. Follow mechanical trading system.

Saturday, December 11, 2010

Friday, December 10, 2010

Sekilas Pandang Kopi 'O'

Salam Semua...

Berita yang dikutip dari Harian Metro& Belita Harian bertarikh 9.12.2010, Khamis;

"Tutup Mulut" Peguam Negara tegur tindakan bekas Menteri Besar Selangor buat kenyataan. Putrajaya: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail semalam menegur Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo supaya jangan terus membuat kenyataan mengenai kesnya yang berkemungkinan boleh 'memakan diri sendiri' . Tutup je la mulut ko tu Khir, tunggu je kaki naik mahkamah nanti ko cerita la apa2 yang terbuku dalam hati ko tu, ada hikmahnya berlaku perkara camni. Sabar la ye.

Langkawi: Datuk Seri Najib Razak, mahu negara beralih tumpuan daripada sektor pembuatan kepada sektor perkhimatan, khususnya pelancongan yang dijangka mencatat pertumbuhan ekonomi enam peratus setahun dalam tempoh 10 tahun akan datang. Wow... beralih gitu-gitu, kalau camtu aku nak beralih ke pasaran buah sawit mentah atau buat lawatan geo ke ladang2 ku sambil petik buah sawit jadi minyak, main kat MDEX... erm... satu point gerak RM25 henget. Boleh cecahkan pertumbuhan negara kdnk sebanyak 30%.

Kuala Lumpur: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melunaskan tunggakan bayaran perkhimatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PSP&PA) kepada syarikat konsesi berkaitan berjumlah yang dianggar berjumlah RM348.6 juta sejak 13 tahun lalu. Apalagi, esok tunggu depang pintu PBT mintak cek juta2 lemon. Kerja tak buat nak mintak cek... stalat kat dahi sekor2 tu. Depang umahku banyak lalang menari2 bila di tiup angin sempoi2 bak buluh perindu.

Melaka: Seorang peniaga dituduh di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas dakwaan melakukan hubungan seks tanpa kerelaan isterinya di kediaman mereka di Melaka Tengah, dekat sini dua tahun lalu. Wow tanpa kerelaan, isteri dakwa suami dia, apa kemende nie yob... dah macam kat negara omputih lak dah... mesiaku mesiaku.

Kota Bharu: Lelaki yang putus pergelangan tangan kiri selepas ditetak pemilik rumah ketika mengumpil tingkap rumah berkenaan di kampung Pengkalan Gaduh, dekat Keluang, Selasa lalu selamat menjalani pembedahan menyambung tangannya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini, semalam. Tu la ko, aku suruh pergi nengok kat CCTV dulu baru ko umpil tingkap tu, padan muka abis tangan kiri yang cun tu. Jangan buat jahat... da di da du...

Rembau: Pengusaha gerai cendol popular di negeri ini, Sulaiman Dawi, 57, akan bercerita kepada pengunjungnya mengenai fakta menarik sejarah negara ini tanpa jemu dari bermulanya waktu perniagaan sehingga tamat. Hu... hu... ni boleh jadi cikgu Sejarah nie "I LOVE HISTORY" sambil minum2 kacau susu.

Ratu kolum: Pengiktirafan tertinggi Nora, wanita Melayu pertama di dunia dinobat sebagai TOP PREMEIR XANGO, kehidupannya sebelum menceburkan diri dalam bidang pemasaran pelbagai (MLM) versama Xango, sememangnya penuh tekanan. Tak abis-abis orang Melayu ngan biz macam nie... adusss, klu camtu boleh la Aiyak Buah Petai yang berselerak depan umah sapa2 boleh di buat Jus, pastu boleh cakap ada khasiat sambil menjana pendapatan libu-libu... takde kerje lain ka korang nak buat. Pasni semua buah boleh buat JUS cam Jus Petai, Jus Timun, Jus Buah Gedoak, Jus Jambu, Jus Lada, Jus Buah Setola, Jus Salak, pastu buat la cara MLM pakai je satu jus tu... pakcik kayo...

Bangkok: Cucu kepada pemimpin Myanmar Jeneral Than Shwe mahu ketua rejim tentera itu membuat bidaan AS$1 bilion (RM3.14 bilion) bagi membeli kelab bola sepak gergasi Britain, Manchester United (MU), kata satu kabel diplomat Amerika yang didedahkan laman web pembocor maklumat, WikiLeaks. Apa kelas beli MU... beli je terus Bulan mengambang. M'sia jangan dok berangan nak mangkuk2 kan Myanmar kay, dia org ada Rooney, Ryan ko apa ada. Bila main bola dah rasa macam pemain Real Madrid la... Manchester United la, Barcelona la... macam2 la dan bila kalah ada la ayat bpemain utama sakit kaki terseliuh masa nak pergi tandas, demam la sebab semalam terlupa beli payung... tutup je la, main je guli...

Jakarta: Pertubuhan Islam terbesar Indonesia menegaskan berjuta-juta penyokongnya menuntut kerajaan menghentikan penghantaran rakyat negara itu ke Arab Saudi untuk bekerja sebagai pembantu rumah, apabila media melaporkan seorang wanita berusia 23 tahun yang bibirnya di potong menggunakan gunting. Kureng ajar, Arab nie memang camtu, ambik Arab tu potong lidah dia balik, senang2 Arab boleh buat camtu. BOIKOT je kedai Arab, depan umah aku bersepah kedai Arab... dah la sombong, bahalul pulak tu. Ganyang jangan tak Ganyang...

Cedera, demam hantui Rajagopal. Tugas lebih berat saingan separuh akhir, kumpulan A saingan Piala AFF Suzuki 2010. Kan aku dah cakap tak demam, cedera... nasib baik la Indo tu sumbat penalti kalau tak jangan harap la ko pergi jauh... balik je la perabihkan beras je... main guli.

fCPO Feb11... 9.12.'10 (No Position)

Salam Semua...


Sunday, December 5, 2010

Sekilas Pandang Kopi 'O'...

Salam Semua...


Berita yang dikutip dari Harian Metro& Belita Harian bertarikh 4.12.2010, Sabtu;


Lelaki abai isteri dikahwini 15 tahun. Panah cinta nyah. Dingin terhadap isteri sejak jalin hubungan sulit tiga bulan lalu. Aiyo... aiyo... ini macam ka suami dia, nampak nya selalu pergi Lorong-Lorong hitam. Itu lah kalau tak otak duk kat lutut. Sabo je la Isteri ye dan kalau tak sabo ko hemput kepala laki ko tu ngan penyapu banyak kali sampai dia tersedar apa yang dia buat tu.


Zaibo, 54, pelakon berpengalaman nikah kenalan lama. Persahabatan 10 tahun bibit cinta dua minggu lalu. Tahniah bro... malam-malam sekarang nie selalu hujan... :) sejukkk...


Didik anak kenali golongan gila seks. Ibu bapa perlu meluangkan masa dan mendidik anak masing-masing secara langsung untuk mengenali jenis dan layanan serta sentuhan yang tidak sepatutnya diterima daripada orang lain, sekaligus melindungi anak mereka daripada menjadi mangsa cabul. Ini sudah bagus nama nya, aku sokong mak bapak ajar anak macamana nak tau orang itu gila sek atau idak. Ajar la aku camna... nak tau...


4 teras lonjak ekonomi. Laporan akhir Model Baru Ekonomi (MBE) dilancar PM semalam tuntut pelaksanaan bersepadu, selaras. Ini aku tak tahu lah, selagi mentaliti orang Mesia Third World 3rd Class nye mental, ko buat la apa2 pun dia akan jadi Pi Mai Pi Mai Tang Tu...my 2 cents.


Siti Aishah saman Uncle Seekers. Mohon injunksi sekat penyebaran gambar, maklumat rawatan dalam laman blog. Ini cerita sensasi beb, belum terbuka lagi blog uncle seekers, aiyo aiyo ... macam2.


Perkhidmatan online imigresen 24 jam. Transformasi kurangkan beban 11,000 kakitangan. Ini macam mau renew passport pukul 3:00 pagi dah boleh la ye. Aiyo2 tarak boleh kal kawan kat inigresen ajak lunch masa kerja sebab mobile kene letak dalam locker... hu hu hu.


Al Rajhi pelbagaikan perkhimatan. AL RAJHI Investment and banking Malaysia Bhd mempelbagaikan perkhimatan di negara ini dengan memperkenalkan Perkhimatan Perancangan Harta Islam (IEP). Bank Negara bagi lagi banyak itu lesen kat foreign bank, lagi banyak lagi baguih. Hu hu hu boleh la buat Loan Islamic betul2 kan compare to local bank nya Islamic.


Seoul serang Pyongyang jika terus diancam. Korea Selatan semalam menegaskan ia akan melancarkan serangan udara dan mengebom Korea Utara jika negara itu cuba mengulangi serangan minggu lalu ketika Amerika memberi amaran bahawa Pyongyang mengancam Semenanjung Korea dan dunia sejagat. Ko biar betul mat, nanti suka Amelika tu boleh jual yang canggih2 kat Korea Selatan tu... ada demand tu naikkan harga... macam buah sawit kat MDEX melonjak-lonjak tu. Senyum ko ye Sam.


Kereta api penumpang China cipta rekod 486 kilometer sejam. Sebuah kereta api penumpang China mencipta rekod kepantasan 486 kilometer sejam semalam ketika menjalani ujian bagi perjalanan dari Beijing ke Shanghai yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Aiyo2 ini mesti kene cuba naik ini, pastu nak cuba tanya Gomen nak buat tak camtu... takyah pakai minyak sweet nye kite pakai minyak Sawit aje. Ladang bersepah2 kat Mesia ku tercinta.


Russia, Qatar menang guna gas, minyak. Pilihan FIFA cetus kemarahan. England dakwa keputusan sudah "diatur". Kemenangan Russia dan negara kecil Asia Barat, Qatar dalam bidaan Piala Dunia 2018 dan 2022 mencetus kekecewaan dan kemarahan wakil negara-negara lain yang tewas pada pemilihan oleh FIFA kelmarin. Yahoo... Mesia lepas ini ada peluang buat World Cup wei...


Rajagopal "gerun" taktik Robson. Pemain laung tekad catat keputusan positif tewaskan Thailand, hari ini. Perbualan K Rajagopal dengan jurulatih Thailand, Bryan Robson tempoh hari menerbitkan rasa gerun dan pengendali skuad negara terpaksa membuat rombakan besar bahagian benteng dan tengah menjelang pertemuan penting Piala Suzuki AFF menentang skuad Gajah Putih itu di stadium Gelora Bung Karno. Aiyo2 belum lawan sudah Gerun ka... kan sudah cakap jangan hantar ko nak hantar jugak. Tanam rumput carpet lawa2.


Friday, November 26, 2010

Sekilas Pandang Pagi2 Sambil Hirup Kopi 'O' ...

Salam Semua...

Berita yang dikutip dari Berita Harian bertarikh 26.11.2010, Jumaat;

Pekerja asing wajib beli insurans. Elak kerajaan tanggung kos rawatan tinggi. Hu hu hu, apa lagi wahai para insuran & takaful consultant... renung2kan lah, cergas beb. Ada lagi sebulan lebih lebih nak masuk tahun 2011. Performance tahun nie ...erm hampeh tul la. Bangun tido, makan & tido, hu hu hu....

Orang Aceh hulur RM180,000.00 untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Kedah dan Perlis. Mekaseh No... :)

Menara FELDA beri pulangan besar. Pembelian hartanah jana untung RM300juta. Aiyo2 manyak uang itu FELDA, apa2 lah ko nak buat, janji bila udah dibuatnya, jangan TIGA SUKU lantai kosong udah. Nanti untung Rm300juta juta juta jadi angan2 Mat Jenin udah. Ku pun tak faham2 lagi camna nak buat Menara Warisan berbilang2 tingkat... hu hu hu.

Perebutan ekuiti dalam QSR semakin sengit. Firma AS tawar harga tinggi berbanding Idaman Saga. Persaingan merebut pegangan ekuiti dalam QSR Brands Bhd. (QSR), pemilik KFC Holdings (Malaysia) Bhd (FFCH) dan Pizza Hut, semakin sengit apabila Carlyle Group pula menawarkan untuk membeli keseluruhan saham milik Kulim (Malaysia) Bhd dalam syarikat itu pada harga RM6.70 sesaham. Hu hu hu, Yob Labun & Dodi... pinjam juta-juta lemon jap aku pun nak masuk beli keseluruhan saham QSR tu. Kalau dapat yob, kete gerak kat dinding kite jual.

Petronas untung RM11billion. Petronas Dagangan Bhd merekodkan pendapatan sebanyak RM10.95 billion bagi suku pertama tahun kewangan yang berakhir 30 September 2010 meningkat 10.3 peratus daripada RM9.93 billion yang dicatatkan tempoh yang sama tahun lalu, disokong harga dan jumlah jualan yang lebih tinggi. Wow... wow... wow... pakcik Kayo, banyak kan lagi harta2 Petronas tu yang nak dileburkan kat pasaran Saham KLCI tu. Ring... Ring... Ring... Elo, boleh saya cakap ngan CEO Petronas, Encik bla bla bla, ...erm Sorry Sir his name is MR. DAVID JONATHAN. fikir-fikirkan la... ye, suka nye ramai yang berebut nak saham Petronas Chemical tu, sapa2 yang terlepas tu boleh tunggu lak mana lagi part Petronas yang nak dicairkan pulak... tunggguuuuuuu.

Untung bersih PROTON Holdings RM150.6juta. Proton Holdings Bhd mencatat keuntungan bersih RM150.6juta bagi tempoh enam bulan berakhir 30 September 2010, meningkat 10 peratus berbanding RM136.6 juta yang dicatat tempoh sama tahun sebelumnya. Ko biar betul Mat... dah jadi macam dot.. dot.. dot, buat biz kete tampal LOGO je dah la pulak... aiyo2 apa sudah jadi meh...

Presiden Korea Selatan dikecam. Tindak balas bedilan Pyongyang terlalu lembut. Menteri Pertahanan Korea selatan letak jawatan. Ni satu hal dha ko tau Korea Utara tu tak suka kat engko kawan ngan Amelika tu, yang sibuk2 nak buat War Game ngan Amelika tu apa hal Korea Selatan, dah anak Korea Utara tu marah kat ko... tu belum lagi Bapak dia yang marah. Apa2 pun ko Selatan & Utara bincang2 la yang terbaik. Psssttt... klu Menteri M'sia ko ingat dia letak jawatan tak macam Menteri Korea tu.

Dana pencen, gereja Barat boikot pelaburan, produk Israel. Kempen Palestin untuk menghukum syarikat yang membantu Israel membina penempatan dan tembok pemisahan di Tebing Barat mula mendapat sokongan pelabur asing dan aktivis. Dana pencen di Norway dan Sweden sudah mengambil tindakan menarik keluar pelaburan mereka dalam syarikat yang terbabit dalam pembinaan penempatan haram dan tembok pemisah di wilayah Palestin. Boikot itu barang Israel...meh. Tanya itu KWSP ada ka masuk mana2 syarikat yang macamtu, Malaysia Boleh!!! meh...

Sukan Asia di Guangzhou, China. Zolkples Embong, chef de Mission negara; "saya bersyukur dan lega kerana kontinjen negara akhirnya mampu capai sasaran buru 9 emas". Impian skuad HOKI LEBUR. Anak buah Stephen kecundang kepada Pakistan 0-2 di final. Hajat besar kita tercapai. Hoki pula lepas peluang layak automatik ke Olimpik 2012. Tahniah ku ucapkan pada semua atlet Malaysia yang berjuang nak mati-matian, tak tau la kut2 pie cuci mata sekali iye :), cuma yang boring nyer Bola Sepak menyempak kita dah terlalu banyak alasan. Tapi bila luar padang semua hebat2 macam pemain MU gitu2 klu tak pun Liverpool... udah2 la hantar Bola Sepak menyempak lagi ke Sukan Besor2 camni abiskan beras je. Lawan Laos belum tentu lagi boleh ayam2 kan jangan kita lak di ayam2 kan oleh Laos... hu hu hu, kecewa ku... sudah lama tarak pergi itu stadium bola... stadium NZ selalu la gak... hu hu hu.

Saturday, November 20, 2010

Wednesday, September 8, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN...

Salam Semua...

Sudah lama tak menukul disini, semoga ibadat puasa yang di harungi ini akan memberikan kita keINSAFan sebagai hamba yang kerdil dimuka bumi ini... akhir kata, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua yang mengenali. Berhati-hati la semasa Memandu Balik ke Kampung Halaman masing2.

Wednesday, August 18, 2010

Tuesday, August 17, 2010

fCPO Nov10... 17.8.'10 (B.2666)

Salam Semua...


so... JOM BORAK PASAL PROTECTION risk, UNIT TRUST & FUTURES MARKET (fCPO) kat sini ... here ... :)

Rehat Dulu...

fCPO Nov10... 16.8.'10 (S.2707) & (S.2678)

Salam Semua...


so... JOM BORAK PASAL PROTECTION risk, UNIT TRUST & FUTURES MARKET (fCPO) kat sini ... here ... :)

Saturday, August 14, 2010

fCPO Oct10... 12.8.'10 (S.2673) & 13.8.'10 (B.Stop Loss.2694) fCPO Nov10... (B.2690)

Salam Semua...


so... JOM BORAK PASAL PROTECTION risk, UNIT TRUST & FUTURES MARKET (fCPO) kat sini ... here ... :)

Friday, August 13, 2010

fCPO Oct10... 12.8.'10 (S.2673)

Salam Semua...

so... JOM BORAK PASAL PROTECTION risk, UNIT TRUST & FUTURES MARKET (fCPO) kat sini ... here ... :)

Thursday, August 12, 2010

CPO Futures Rebound, Spurred By Steadier Soyabean...

Salam Tuan...

Quoted from Business Times, 12.8.2010;

CRUDE palm oil (CPO) futures prices on Bursa Malaysia Derivatives rebounded to end higher yesterday, with sentiment spurred by firmer soyabean prices, dealers said. Both August 2010 and September 2010 rose RM26 each to settle at RM2,816 and RM2,731 a tonne, respectively. October 2010 gained RM7 to RM2,677 and November 2010 rose RM4 to RM2,656 a tonne . Overall, volume declined to 12,394 lots compared with 18,007 lots on Tuesday, while open interest declined to 63,685 contracts from 67,292 contracts previously. Of the physical market, August South added RM10 to finish at RM2,800 a tonne.

so... JOM BORAK PASAL PROTECTION risk, UNIT TRUST & FUTURES MARKET (fCPO) kat sini ... here ... :)

fCPO Oct10... 10.8.'10 (S.2670) & 11.8.'10 (B.Stop.2666)

Salam Semua...




so... JOM BORAK PASAL PROTECTION risk, UNIT TRUST & FUTURES MARKET (fCPO) kat sini ... here ... :)

Tuesday, August 10, 2010

fCPO Oct10... 10.8.'10 (S.2672)

Salam Semua...


so... JOM BORAK PASAL PROTECTION risk, UNIT TRUST & FUTURES MARKET (fCPO) kat sini ... here ... :)

Palm Futures End At Near 7-Month...

Salam Semua...

Quoted from Business Times, 10.8.2010;

CRUDE palm oil futures contracts on the Bursa Malaysia Derivatives closed at a near seven-month high on strong demand from China and concerns that a dry weather in the US could affect soya bean production, dealers said.

August 2010 rose RM78 to RM2,822 a tonne, September was RM65 higher at RM2,762, October gained RM70 to RM2,730 and November climbed RM69 to RM2,721 .

Turnover increased to 24,644 lots from 15,560 lots last Friday while open interest increased to 66,661 contracts from 66,617 last Friday. August delivery price traded at RM2,840 from RM2,680 last Friday.

so... JOM BORAK PASAL PROTECTION risk, UNIT TRUST & FUTURES MARKET (fCPO) kat sini ... here ... :)

Sekilas Pandang Pagi2 Sambil Hirup Kopi 'O' ...

Salam Semua...

Berita yang dikutip dari Utusan Malasie' bertarikh 9.8.2010, Isnin;

Berkat kesabaran. Berkeluarga dan memiliki enam anak yang masih kecil bukan penghalang buat Noor Hazian Md. Noor, 37, untuk menggenggam segulungg ijazah. Menerima ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal Kuasa (Kepujian) pada Majlis Konvokesyen Uniten Ke-13 di Bangi semalam. Tahniah... tahniah... tahniah... orang camni nak harapan negara, anak dah ramai tapi boleh ada masa lagi mahu mentelaah buku tu, apa2 pun anak2 dia kene la ikut jejak mak dan bapak dia okay, AKU hanyalah segulung kertas putih yang digulung oleh kawanku untukku... :)

Perompak dapat "habuan" kopi panas. Crescent City, California. Cubaan seorang perompak untuk mencuri di sebuah kedai pembekal barangan industri, terbantut apabila pengurus kedai tersebut menyimbah secawan kopi panas kemukanya. Ha... ha... ha... pandan muka ko, ada hati nak merompak, nah ko... dapat satu Kopi panas, adus sakit........

Kes ditipu isteri asing meningkat. Jabatan Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA mededahkan kes lelaki tempatan ditipu oleh isteri warga asing yang dikahwininya didapati meningkat lebih 50% dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini. Ha... ha... ha... kan ku sudah cakap kat M'sia nie kan senang nak tipu orang2-nya, dari Black Money, Gold apa2 skim lagi... semua orang luar boleh cuba nasib kat M'sia ku tercinta nie... senyummmmmmmmmm :)

Bekalan amah tak terjejas. Keputusan Malaysia menolakcadangan Indonesia supaya menetapkan bayaran RM800.00 sebulan gaji minimum pembantu rumah dari negara itu tidak menjejaskan penghantaran amah ke negara ini. Wow.. wow... wow... ini sudah macam ada Diploma amah dari Indo, gaji sudah mau naik ka, Rasa nya di Indonesia, di Universitas mereka sudah ada course yang "offer" kursus AMAH peringkat Diploma, Ijazah seterusnya diperingkat Master dan PHD, nanti sudah ada Amah yang kat depan nama DR. SURYANTIE... jangan main2 beb... nie seriusssssss...

Hukuman berat skim cepat kaya. Denda RM5 juta, penjara 10 tahun apabila akta baru dikuat kuasa. Bila Akta tu nak lulus... lambat lagi beb ni M'sia beb... ahli Parlimen pun tak ikut akta dia orang lulus, ko ingat senang ka nak lulus akta tu kalau ada 100 ahli parlimen angkat tangan ja 3 orang camna nak lulus beb. Itu lah mentality ahli parlimen yang ku ada di bumi ku hijau M'sia tercinta... tapi kalau nak lulus TOL naik 98 ahli parlimen angkat tangan yang 2 lagi tu tersimpul malu, hu... hu... hu...

Putrajaya kutipan tertinggi bahan kitar. Putrajaya menjadi bandar paling berjaya dalam kempen kitar semula apabila berjaya mengumpulkan 1,068 tan bahan kitar semula sepanjang tahun lalu. Sapa2 yang nak buang apa2 kebendanya boleh la pergi Putrajaya tu... nanti tahun depan buat record lagi dari kumpul 1,068 tan boleh jadi 10,680 tan, hu... hu... hu... M'sia ku indah permai...

Ramai pelajar tidak pakai topi keledar. Hasrat Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) melancarkan operasi besar-besaran bagi mengesan pelajar sekolah yang tidak mematuhi peraturan jalan raya amat wajar dijalankan. Apa yang nak diherankan.. M'sia Boleh beb... bawa laju laju sampai pokok rhu, bila dah ada yang terkubur nanti baru la Mak Bapak bising kat Gomen, polis tak buat kerja la... polis malas la... takde undang2 ka M'sia nie... tunngguuuuuuuuu je tak yah buat apa... buat pun manghabiskan beras je, tempat ku bersimpang-siur budak2 sekolah menunggang kuda tak pakai helmet... selemba je, depang Polis lagi tu... hu hu hu...

Presiden Pakistan dilempar kasut. Ini satu hal yang ko dah tau Rakyat ko tu kebulur kena dek banjir kat kampung, ko lak senang lenang pie jalan merata2 sambil cuci mata ye... camna lah rakyat ko tak marah kat ko... ambik ko satu kasut melayang di awangan sampai kat ko... M'sia boleh jadi ke camni ??? ISA beb... ko jangan main2.

Moscow dilanda jerebu teruk. Lebih 2,000 penumpang terkandas di lapangan terbang Domodedovo. Ini Serius beb... pakai la apa2 yang boleh tutup hidung dan mata tu yob, berair mata nanti, kalau tak pun sakit dada je. M'sia ku pernah kena camni... kalau Moscow nak belajar tiupkan jerebu tu... meh sini datang M'sia, nanti Bomba boleh bagitau camna... hu hu hu...

Sambutan kemerdakaan lebih awal. Tahniah kepada warga Sekolah Kebangsaan (SK) Kepok di Pasir Gudang, Johor kerana telah memulakan semangat awal kemerdekaan seawal 1 Ogos baru-baru ini. MERDEKA!!! MERDEKA!!! MEREKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!...

Hobi jadi sumber pendapatan. Bekas saintis buka kedai jual ikan arowana. Namun pada 2005, saya mengambil keputusan untuk berhenti daripada menjadi seorang saintis kerana mahu melibatkan diri secara serius dalam perniagaan menjual kelisa, Mohd Zalalnudin Latipi, 31, Alor Setar. Wow... wow... wow... Saintis tu beb, dah berhenti kerja buat ternak ikan kelisa tu, apa2 pun gua respect lu bro. Memang kalau dah hobi tu memang bagus digunakan sepenuh tenaganya sebab boleh hasilkan pendapatan yang lumayan lagi dari dia duk kerja jadi Saintis tu..., kalau hati dia ingatkan ikan kelisa tu jaa... masa kerja pun susah camtu nanti buat kerja pun tak menjadi atau separuh hati je buat kerja saintis tu... so, lebih baik berhenti kerja dari jadi Saintis dari menghabiskan duit company bayar kat Saintis tu... sapa2 yang rasa Hobi nya bermain CPO FUTURES (PASARAN HADAPAN) atau apa2 yang lain tu masa kerja... kalau dah rasa hobi tu boleh la jadi macam Saintis nie BERHENTI KERJAYA tu dari menghabiskan duit company... hu hu hu.

United laung amaran awal. Benam Chelsea 3-1 untuk julang Perisai Komuniti. Wayne Rooney (tengah) menjulang Perisai Komuniti bersama rakan sepasukan se[lepas menewaskan Chelsea 3-1 pada perlawanan di Stadium Wembley, London, semalam. Hu... hu... hu... abis la team lain bro camni, nengok Manchester belum lagi main betul2 tu, kalau dah main betul2, bukan 3-1 mau jadinya 10-1 :). Apa2 pun Wanye Rooney memang hampeh kat World Cup, tendang bola pun tak dapek camno tu. Minum la air Tongkat Ali untuk kesegaran badan ANDA.

so... JOM BORAK PASAL PROTECTION risk, UNIT TRUST & FUTURES MARKET (fCPO) kat sini ... here ... :)